Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknousahawan Elektrik ditawarkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang elektrik yang turut memiliki kompetensi keusahawanan. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran teknikal pendawaian elektrik, kompetensi industri serta pembangunan usahawan teknikal yang mampu menjalankan perniagaan sendiri dalam sektor elektrik. Program ini akan mula dilaksanakan di TVETMARA Kuching bermula pengambilan sesi Julai – Disember 2026 selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Senat Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Sijil IKM/GIATMARA atau ILKA/ILKS atau IPTA/IPTS

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Pendawai PW4 Dari Suruhanjaya Tenaga
Minimum CGPA : 0.00


Atau

3.2 Telah menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dalam bidang elektrik atau setara di bawah tempoh 5 tahun

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Tahap Kesihatan
4.1 Sihat tubuh badan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

5. Syarat WAJIB
5.1 Lulus Temuduga
1. Lulus Ujian Kecenderungan (Phsycometric Test) dan Temuduga


Dan

6. Umur
6.1 Berumur dari 18 tahun hingga 45

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Dan

7. Memiliki Sijil Pendawai PW4 DAN TIDAK MENDAFTARKAN Sijil Kompetensi PW4 dengan mana-mana syarikat
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berupaya untuk:
Menjalankan kerja pendawaian elektrik secara profesional
Mengurus projek elektrik berskala kecil dan sederhana
Menubuhkan dan mengurus syarikat perkhidmatan elektrik
Menjadi teknousahawan dalam industri elektrik
Mematuhi standard keselamatan dan kompetensi industri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA KUCHING (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING)
Alamat
JALAN KEMAHIRAN
OFF JALAN SULTAN TENGAH
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
HAZMAN AIMADUDDIN BIN BOSTAMI
Telefon
082-441149
Emel
hazman@mara.gov.my
Laman Web
http://kuching.ikm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini dilaksanakan oleh TVETMARA Kuching dengan kelulusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA. Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Edisi 4.0 (Januari 2020) bagi Program Diploma Teknousahawan Elektrik.
;