Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Operasi pengeluaran tanaman merangkumi keseluruhan proses perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan kawalan aktiviti pertanian bagi menghasilkan tanaman yang berkualiti, selamat dan berdaya saing. Ia melibatkan penyediaan kawasan dan medium tanaman, pemilihan bahan tanaman, pengurusan semaian, penanaman, pengairan dan pembajaan, kawalan perosak dan penyakit, pemantauan pertumbuhan, penuaian serta pengendalian hasil lepas tuai mengikut amalan pertanian baik (GAP), keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kelestarian alam sekitar. Operasi ini juga menekankan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP), penggunaan teknologi dan rekod yang sistematik bagi memastikan produktiviti optimum dan hasil pengeluaran yang konsisten.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia. Berumur 15 hingga 45 tahun
1.1 Lepasan sekolah dan tahfiz boleh memohon

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
Penyelia Ladang / Penyelia Operasi Tanaman Pembantu Pegawai Pertanian / Pembantu Teknikal Operator Pengeluaran Tanaman Usahawan Pertanian / Agropreneur Pekerja Mahir Ladang Komersial & Estet Pembantu Pengurusan Projek Pertanian

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MELAKA SKILLS TVET COLLEGE
Alamat
No. JC2617 & JC2617-1, Plaza Bestari, Jalan PB5, Bandar Jasin Bestari FASA 3, 77200 Bemban, Melaka.
Negeri
MELAKA
Penyelaras
PUBALAN A/L DARMALINGAM
Telefon
019-2757013
Emel
melakaskills@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini mempunyai latihan Industri selama 3 bulan yang akan diaturkan oleh pihak kolej.
;