Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak bertujuan melahirkan pendidik dan pengasuh yang berpengetahuan, berkemahiran serta berkompeten dalam membimbing perkembangan menyeluruh kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun.

Program ini memberi penekanan kepada aspek perkembangan kanak-kanak, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan, pengurusan pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, serta aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Melalui program ini, pelatih akan memperoleh pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara profesional, selaras dengan keperluan industri serta standard yang ditetapkan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Permohonan hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon hendaklah berumur

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan akademik pemohon adalah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohonan juga perlu:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

5. LAIN-LAIN SYARAT
5.1 Pemohonan hendaklah:
1. 1. Tiada rekod jenayah

Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

• Guru Prasekolah / Tadika
Mengajar, membimbing dan membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui aktiviti pembelajaran awal yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

• Pengasuh Bertauliah (Taska)
Menjaga, mengasuh dan mengurus keperluan asas serta kesejahteraan kanak-kanak di pusat asuhan.

• Pembantu Guru atau Pembantu Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Membantu guru dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kelas prasekolah.

• Penyelia atau Pengurus Pusat Asuhan / Tadika
Mengurus operasi harian, kakitangan serta pelaksanaan program pembangunan kanak-kanak di pusat pendidikan awal.

• Perunding atau Pembangun Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Terlibat dalam pembangunan kurikulum, penyediaan bahan bantu mengajar serta latihan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

• Usahawan dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Menubuhkan dan mengurus taska, tadika atau pusat perkembangan kanak-kanak secara profesional dan berdaya saing.

Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri pendidikan awal kanak-kanak yang semakin berkembang.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ASIAN TOURISM INTERNATIONAL COLLEGE
Alamat
KOLEJ ATI
LEVEL 4 & LEVEL 6, BLOK C, BANGUNAN UCSF, JALAN SANZAC SEMBULAN,
88100 KOTA KINABALU, SABAH.
Negeri
SABAH
Penyelaras
Sharifah Normalah bt Nurahim
Telefon
088253731
Emel
admin@ati.edu.my
Laman Web
www.ati.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini terdiri daripada 70% latihan amali dan 30% teori. Setelah menamatkan pembelajaran di Pusat TVET, pelatih akan menjalani Latihan Industri bagi memperoleh pengalaman kerja dalam industri yang berkaitan.
;