Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Machined Component Assembly Operation merupakan kursus yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses pemasangan komponen yang telah melalui proses pemesinan (machining) seperti larik, kisar, gerudi dan canai. Kursus ini memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal, ketepatan ukuran, penggunaan alatan tangan serta mesin sokongan bagi memastikan komponen dipasang mengikut spesifikasi teknikal dan piawaian industri.

Kursus ini amat penting dalam bidang pembuatan dan kejuruteraan mekanikal kerana pemasangan yang tepat memastikan :-
1. Mesin dan peralatan berfungsi dengan cekap.
2. Mengurangkan risiko kerosakan dan kegagalan komponen.
3. Menjamin keselamatan operasi.
4. Meningkatkan kualiti produk akhir.
Secara keseluruhannya, kursus Machined Component Assembly Operation bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam kerja-kerja pemasangan komponen mekanikal selaras dengan keperluan industri pembuatan moden.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. UMUR
1.1

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Atau

1.2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Tempoh Pengajian
15 Hari
Prospek Kerjaya
Lulusan kursus Machined Component Assembly Operation mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor pembuatan, kejuruteraan mekanikal, automotif, aeroangkasa dan industri berat. Kemahiran dalam pemasangan komponen bermesin sangat diperlukan bagi memastikan mesin dan sistem mekanikal berfungsi dengan cekap dan selamat.Antara jawatan yang sesuai seperti Juruteknik Pemasangan (Assembly Technician), Juruteknik Mekanikal, Operator Pengeluaran, Juruteknik Penyelenggaraan Mesin, Pemeriksa Kawalan Kualiti (QC Inspector), Fitter / Mechanical Fitter, Penyelia Pengeluaran (dengan pengalaman).

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ SEI RYU SHA
Alamat
NO. 44 & 42 JALAN ANGGERIK MOKARA G 31/G
SEKSYEN 31, KOTA KEMUNING
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZAWAWI BIN MAT HASSAN
Telefon
03-51225452
Emel
admin@kvsrs.edu.my
Laman Web
www.kvsrs.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus Machined Component Assembly Operation ini menawarkan prospek kerjaya yang stabil dan relevan dengan keperluan industri semasa. Permintaan terhadap tenaga mahir dalam pemasangan dan penyelenggaraan komponen mekanikal sentiasa tinggi, terutamanya dalam sektor pembuatan dan perindustrian.
;