Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini membekalkan pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam kepada pelajar dalam aspek perkembangan fizikal, kognitif, sosial, emosi, dan bahasa kanak-kanak dari usia 0 hingga 6 tahun.

Pelajar akan mempelajari kaedah pengajaran yang sesuai untuk pendidikan awal, cara merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran berstruktur, serta pengurusan pusat asuhan dan prasekolah. Selain itu, aspek kesihatan, pemakanan, dan keselamatan kanak-kanak turut ditekankan untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan mereka.

Kursus ini juga menekankan kepentingan komunikasi dan interaksi yang efektif dengan kanak-kanak, ibu bapa, dan komuniti bagi menyokong perkembangan holistik anak-anak. Dengan latihan industri yang diwajibkan, pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman sebenar dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Boleh menulis, mengira dan membaca
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Warganegara Malaysia
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Berumur minima 17 tahun dan ke atas
3.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40


Dan

4. Syarat Tambahan
4.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Pengasuh, Usahawan, guru dan Penyedia Taska

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KYS Business School
Alamat
Level 1, Rumah Media Melaka, KYS Business School, Lingkaran Mitc, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Mohamad Razif Bin Abd Razak
Telefon
062530640
Emel
kysbwebmaster@gmail.com
Laman Web
www.kysbs.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Tempoh Latihan : 18 bulan
Beserta Sijil Kursus Asuhan Permata (KAP)
;