Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Online Sales direka bagi membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk melaksanakan aktiviti jualan secara dalam talian menggunakan pelbagai platform digital yang relevan dengan keperluan pasaran semasa. Program ini memberi penekanan kepada aspek perancangan, penyediaan bahan pemasaran digital, pelaksanaan strategi jualan, pengurusan pelanggan serta analisis prestasi jualan secara sistematik.
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada kaedah dan teknik jualan online yang berkesan bagi membantu meningkatkan keupayaan menjana jualan, memperluaskan capaian pasaran serta mengukuhkan daya saing perniagaan dalam persekitaran digital. Selain itu, peserta juga akan mempelajari kaedah mengukur keberkesanan aktiviti jualan melalui penggunaan data dan laporan prestasi bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Setelah menamatkan kursus ini, peserta akan berupaya mengenalpasti keperluan asas jualan online, menyediakan bahan jualan digital yang kreatif dan berkesan, melaksanakan strategi jualan di pelbagai platform digital, menilai prestasi jualan berdasarkan data serta menyediakan laporan jualan yang teratur dan profesional.
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
PUSAT PERNIAGAAN WAKAF SEETEE AISAH
Lain-lain Maklumat
MODUL 1: IDENTIFY ONLINE SALES REQUIREMENTS
1. Mengenalpasti platform dan saluran jualan online yang sesuai.
2. Menentukan keperluan produk/servis untuk pasaran digital.
3. Memahami sasaran pelanggan (customer persona) dan trend pasaran.
MODUL 2: PREPARE ONLINE SALES COLLATERAL
1. Menyediakan bahan promosi digital seperti poster, video, copywriting, dan katalog produk.
2. Menghasilkan kandungan yang menarik untuk media sosial, e-dagang, dan laman web.
3. Menggunakan alat pemasaran digital (Canva, Meta Ads, Google Ads, dll.).
MODUL 3: CARRY OUT ONLINE SALES ACTIVITY
1. Melaksanakan strategi jualan melalui platform e-dagang, media sosial, dan marketplace.
2. Mengurus interaksi pelanggan (chat, email, call-to-action).
3. Mengendalikan proses tempahan, pembayaran, dan penghantaran.
MODUL 4: CARRY OUT ONLINE SALES PERFORMANCE REVIEW
1. Mengukur prestasi jualan menggunakan data dan analitik (conversion rate, engagement, ROI).
2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan aktiviti jualan.
3. Membuat penambahbaikan strategi berdasarkan prestasi.
MODUL 5: PREPARE ONLINE SALES REPORT
1. Menyediakan laporan jualan berkala (harian, mingguan, bulanan).
2. Menganalisis trend jualan untuk perancangan seterusnya.
3. Membentangkan laporan kepada pihak pengurusan/pasukan jualan.