WATER RETICULATION PLUMBER LEVEL 2
PWR2
Pengenalan Kursus
Kursus Perpaipan (Retikulasi Air) Tahap 2 (PWR2) memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran pemasangan, penyambungan, pengujian dan penyelenggaraan sistem paip retikulasi air. Kursus ini menekankan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, penggunaan bahan dan alatan perpaipan, serta kaedah kerja yang betul dalam melaksanakan sistem agihan air.
Melalui latihan teori dan amali, peserta akan mempelajari asas kerja retikulasi air seperti penyediaan kawasan kerja, pemasangan paip, penyambungan komponen, pemeriksaan kebocoran dan pengujian sistem paip. Kursus ini bertujuan melahirkan peserta yang berkemahiran dalam bidang perpaipan air sebagai persediaan untuk menceburi sektor pembinaan, penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur bekalan air.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)