Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Pengurusan Pentadbiran memfokuskan kepada latihan dalam pengurusan dan sokongan pentadbiran organisasi secara menyeluruh. Pelatih didedahkan kepada pengurusan pembangunan staf, pengurusan aset dan kemudahan pejabat, pengurusan inventori, pentadbiran vendor, pelaksanaan polisi pejabat, pengurusan projek khas pejabat, penilaian prestasi staf serta pentadbiran am sumber manusia (HR).

Selain itu, pelatih dilatih untuk merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai pelbagai aktiviti pentadbiran seperti latihan staf, pengurusan aset dan inventori, pemantauan vendor, pengurusan projek dan penilaian prestasi pekerja.

Penguasaan kompetensi teras ini membolehkan pelatih berkeupayaan mengurus operasi pentadbiran organisasi dengan lebih cekap, sistematik dan profesional.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Bidang Pengajian dan Pembelajaran, Undang-undang, Kesihatan, Perkhidmatan Perniagaan, Pengangkutan dan Komunikasi, Bank, Insurans, Pelaburan dan Hartanah, Sektor Awam dan Swasta.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun Bulanan RM250/bulan

Asrama Penginapan Disediakan

Makan/Minum Disediakan

Insurans Berkelompok
;