Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Operasi Seni Kulinari merupakan kursus kemahiran yang memberi tumpuan kepada kemahiran masakan, praktikal amali dan latihan teori dalam semua bidang makanan dengan melibatkan teknik-teknik memasak. Teknik-teknik memasak yang terlibat termasuk menu utama masakan Melayu, Cina, India & Barat (Western).
Kursus ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran serta pengetahuan tentang penyediaan makanan. Pelatih juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan, keselamatan dapur dan pengendalian makanan; penyediaan stok, sup dan sos panas; penyediaan sarapan pagi, pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert).
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Butiran Penyedia Latihan TVET
Jalan Tun Jugah,
King Centre,
93350 Kuching,
Sarawak
Lain-lain Maklumat
• Pembiayaan Yuran Pengajian melalui pinjaman PTPTK merangkumi pembiayaan Yuran Pengajian dan Elaun Sara Hidup (ESH) setiap bulan
• Kemudahan asrama telah disediakan bagi pelatih yang memerlukan