Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Gambaran Keseluruhan Kompetensi
Dokumen Piawaian Kompetensi Kebangsaan (NCS) ini menyediakan satu rangka kerja berstruktur yang merangkumi satu set aktiviti bagi membolehkan individu diperakui sebagai seorang jurulatih.
Rasional Pembangunan NCS
Sehingga kini, beberapa piawaian dan program telah digunakan untuk pensijilan jurulatih di Malaysia. Piawaian ini termasuk Piawaian Kompetensi Kebangsaan (NCS) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) Certified Trainer, AdA International – Vocational Trainer Qualification, Vocational Training Operation (VTO) dan Certificate IV in Training and Assessment. Selain itu, program seperti NIOSH Train The Trainer, Program Latihan Jurulatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Program Latihan Jurulatih SLDN dan City & Guilds Teaching, Training and Assessing Learning turut ditawarkan bagi tujuan pensijilan jurulatih.
Di peringkat serantau, “Standard for In-company Trainers in ASEAN Countries” (Julai 2016) telah diperkenalkan sebagai satu piawaian bersama yang dipersetujui bagi jurulatih industri di negara-negara ASEAN. Piawaian ini dibangunkan oleh enam negara ASEAN yang terlibat (Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam) dengan kerjasama Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ), Federal Institute for Vocational Education and Training (BIBB) dan Karlsruher Institut für Technologie (KIT) bagi menggalakkan latihan vokasional industri yang berkesan di rantau Mekong. Piawaian ASEAN ini menyokong penyelarasan yang lebih baik antara sistem pendidikan dan latihan dengan pasaran buruh melalui penyelarasan piawaian pendidikan dan keperluan pekerjaan di negara-negara ASEAN. Teras kepada aktiviti jurulatih industri ialah merancang dan melaksanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara kompeten dan berkesan. Oleh itu, piawaian ini disyorkan sebagai cetak biru untuk negara-negara ASEAN lain dengan penambahbaikan dan penyesuaian selanjutnya mengikut situasi dan keperluan negara masing-masing. Jadual 1 merumuskan piawaian dan program yang tersedia di Malaysia dan ASEAN.
Piawaian dan program yang ditawarkan di Malaysia adalah setara dan selari dengan piawaian ASEAN dan AdA International. NCS PSMB Certified Trainer sedia ada telah diperakui pada tahun 2011 dan kini perlu disemak semula. Program Latihan Jurulatih SLDN dan Program Latihan Jurulatih Industri SLDN perlu dinaik taraf kepada satu piawaian yang setara dengan piawaian ASEAN dan AdA International. Oleh itu, NCS ini dibangunkan sebagai satu piawaian induk yang merangkumi semua piawaian dan program sedia ada.
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 70
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
LORONG INANAM KAPITAL 3,
INANAM CAPITAL,
88450 INANAM
KOTA KINABALU, SABAH.
Lain-lain Maklumat
Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman industri atau latihan dalam bidang berkaitan.
Calon hendaklah bersedia mengikuti latihan secara sepenuh masa / separuh masa mengikut ketetapan penganjur.
Sebarang kos latihan, penginapan atau pengangkutan (jika ada) adalah tanggungan peserta, kecuali dinyatakan sebaliknya.
Peserta dikehendaki mematuhi semua peraturan, kod etika dan garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur program.
Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan terhadap jadual, kandungan atau pelaksanaan program dari semasa ke semasa.
Sijil hanya akan dikeluarkan kepada peserta yang lulus penilaian dan memenuhi kehadiran minimum.
Keputusan pemilihan dan penilaian adalah muktamad.