Kursus TVET

Diploma Terapi Kecantikan

DTK

Pengenalan Kursus

Program Terapi Kecantikan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan air brush, pengurusan spa dan projek.
2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
5. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki serta persolekan.
6. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan dan projek.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

1. Perunding Imej
2. Juruterapi Kecantikan
3. Juruterapi Estetik
4. Jurusolek
5. Pensyarah Kecantikan
6. Pengurus
7. Freelancer
8. Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
Alamat
NO. 77, LENGKOK CEMPAKA 1, PUSAT BANDAR AMANJAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SABIDATUL AFIFAH BT ABIDIN
Telefon
04-4412909
Emel
KKSPKED@KKSPE.EDU.MY
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;