PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER
IT-030-3:2013;SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (RANGKAIAN KOMPUTER)
Pengenalan Kursus
Bagi jurusan ini, pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai Kemahiran Rangkaian Komputer, bermula dengan asas mengenali peralatan, memasang dan membaik pulih Komputer Peribadi sehingga kepada mengawal server, termasuk menghubungkan dan mengenalpasti kerosakan pada Rangkaian Komputer. Pelajar akan didedahkan kepada sistem dan peralatan bagi sistem rangkaian Fiber Optik serta sistem rangkaian tanpa wayar (Wireless).
Pelajar juga akan turut didedahkan kepada pengendalian Sistem Server yang dikawal oleh Sistem Pengoperasian Windows dan Linux. Sepanjang mengikuti kursus ini pelajar akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Penilaian terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dilaksanakan secara berterusan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
32600 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK
Lain-lain Maklumat
- Pengajian : 18 Bulan
- Praktikal : 3 Bulan
SYARAT UMUM KEMASUKAN:-
- Tamat Tingkatan 5
- Berumur 18-30 Tahun
- Bujang / Belum Berkahwin
KEMUDAHAN DISEDIAKAN:-
- Elaun Bulanan SKM Tahap 1 & 2 -RM 100.00
- Elaun Bulanan SKM Tahap 3 - RM 200.00
- Elaun Latihan Industri - RM 300.00
- Asrama Percuma
- Makan & Minum Percuma
- WIFI Percuma
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.