Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini merujuk kepada program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Operasi Pusat Penjagaan Warga Emas, iaitu satu kelayakan persijilan yang melengkapkan individu yang berminat merokai industri ini dan individu yang sedia ada telah berkhidmat dalam industri ini, dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Keperluan persijilan ini adalah selaras dengan perkembangan permintaan yang semakin meningkat dalam sektor pekerjaan berkaitan penjagaan warga emas . Program ini, adalah antara program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang ditawarkan dalam negara. Program SKM Operasi Pusat Jagaan Orang Tua ini antaranya merangkumi topik yang berkaitan tugasan dan aktiviti rutin harian yang berlaku di Pusat Jagaan Orang Tua seperti membantu rutin harian, menggendalikan aktivi penghuni, mengurus isu kesihatan, memastikan keselamatan penghuni, mengendalikan urusan kematian penghuni, dan bekerja dalam pasukan pelbagai disiplin, bagi mempersiapkan graduan untuk pekerjaan di Pusat jagaan dan kemudahan penjagaan kesihatan. Beberapa modul berkaitan aspek penjagaan kesihatan dan pemupukan personaliti penjaga Pusat Jagaan juga diperkenalkan sebagai modul tambahan dalam program ini. Mereka yang berkaitan dlam industri atau mereka yang ingin membina kerjaya berkaitan wajar mengikuti program ini.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

2. PENDIDIKAN
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. HAD UMUR
3.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40


Dan

4. WARGANEGARA
4.1
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Penjaga di Pusat Warga Emas, Penjaga Peribadi Warga Emas, Personnel di Pusat Jagaan Warga Emas, Tenaga Pengajar, Usahawan Pusat Jagaan Warga Emas, Pusat Kesihatan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES
Alamat
COMPLEX 1, 7465-7470
JALAN BBN 1/1A, PUTRA POINT 1
71800 BANDAR BARU NILAI
NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
MOHD FARID BIN ABU BAKAR
Telefon
06-8500688
Emel
norazura@gis.edu.my
Laman Web
https://gis.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini turut menawarkan modul tambahan yang berkaitan kesihatan pemakanan dan rehabilitatasi bagi warga emas. Selain juga, program ini juga menerapkan aspek kualiti dan kemahran tambahan yang diperlukan untuk berkerja sebagai penjaga di Pusat Warga Emas atau dalm industri berkaitan.
;