Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3) merupakan suatu program latihan kemahiran yang ditawarkan dan direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengasuhan, penjagaan dan pendidikan kanak-kanak. Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran, dan etika serta sikap profesional yang diperlukan untuk mengendalikan serta mendidik kanak-kanak dari peringkat bayi hingga usia 4 tahun secara holistik.
Pelajar akan didedahkan kepada aspek penggendalian aktiviti rutin kanak-kanak di TASKA. Pelajar juga akan diberi pendedahan mengenai aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal, emosi, sosial, bahasa dan kognitif, disamping mempelajari teknik pengasuhan yang selamat dan penyediaan aktiviti perkembangan yang sesuai. Selain itu, kursus ini turut menitikberatkan kepentingan keselamatan, pemakanan seimbang, dan kebersihan dalam persekitaran penjagaan.
Melalui latihan teori dan amali, pelajar akan memperoleh kemahiran praktikal untuk bekerja di TASKA atau Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Kursus ini juga bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab, penyayang, dan beretika dalam memastikan kesejahteraan serta perkembangan optimum kanak-kanak.
Maklumat Latihan TVET
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
JALAN BBN 1/1A, PUTRA POINT 1
71800 BANDAR BARU NILAI
NEGERI SEMBILAN
Lain-lain Maklumat
2. Sijil diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
3. Latihan amali dan pendedahan industri di tempat kerja bagi membina pengalaman sebenar.
4. Peluang pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
6. Tambahan modul TVET - Sijil Asuhan PERMATA yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan sebagai persediaan pelajar bekerja di TASKA atau Pusat Jagaan.