Kursus TVET

Pengenalan Kursus

SKM Sokongan Pengajaran Prasekolah ialah program kemahiran yang bertujuan membantu guru, pembantu pengurusan murid, serta individu yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak meningkatkan kemahiran pengajaran dan pengurusan bilik darjah prasekolah. progran ini memberi pendedahan tentang perkembangan kanak-kanak, kaedah pengajaran yang sesuai, penyediaan bahan bantu mengajar, serta pengendalian aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.

Dalam pendidikan prasekolah, sokongan pengajaran amat penting bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif, emosi, sosial, fizikal, dan bahasa. Oleh itu,program ini membantu peserta memahami pendekatan pembelajaran berasaskan bermain, komunikasi yang berkesan dengan kanak-kanak, serta teknik mengurus tingkah laku murid secara positif.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Kelayakan Akademik
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Maklumat Tambahan
4.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Guru Prasekolah, Guru Tadika, Pengasuh Kanak-Kanak, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Penyelia Taska atau Tadika, Melanjutkan Pengajian Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GEOSPATIAL SCIENCE & TECHNOLOGY COLLEGE
Alamat
ARAS 2 (ANJUNG BARAT) & ARAS 3 (ANJUNG BARAT & TIMUR)
WISMA LJT, LORONG PERAK
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 SELANGOR
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NUR FARZANA SAKINAH BINTI AHMAD RAZI
Telefon
03-4162 8751/5
Emel
yusleha@gstc.edu.my
Laman Web
www.gstc.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
3 Bulan Latihan Industri
;