Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Penyeliaan, Pengasuhan dan Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang holistik. Kursus ini memberi penekanan kepada aspek penyeliaan, pengasuhan berkualiti, serta pelaksanaan pendidikan yang menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari segi fizikal, emosi, sosial, kognitif dan bahasa.

Pelatih akan didedahkan kepada teori perkembangan kanak-kanak, amalan pengasuhan yang selamat dan beretika, serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan peringkat umur. Selain itu, kursus ini turut menekankan kemahiran penyeliaan dalam pengurusan pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, termasuk aspek keselamatan, kesihatan, pemakanan, serta pematuhan kepada piawaian dan peraturan semasa.

Pelatih akan memperolehi pengalaman pembelajaran secara teori di institut dan latihan praktikal di industri sebenar. Ini membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan secara langsung dalam situasi kerja, sekaligus meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran graduan. Dengan pembelajaran dalam bidang ini diharapkan pelatih dapat :

* Mengaplikasikan pengetahuan perkembangan awal kanak-kanak dalam amalan harian
* Melaksanakan pengasuhan yang selamat, responsif dan beretika
* Merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak
* Mengurus dan menyelia operasi pusat pendidikan awal kanak-kanak secara profesional

Kursus ini juga menyokong pembangunan sahsiah, komunikasi berkesan, dan nilai profesionalisme dalam kalangan pelajar agar mampu memenuhi keperluan industri pendidikan awal kanak-kanak yang semakin berkembang.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Pendidik, Penyelia, Pengusaha, Tenaga Pengajar, Pegawai Penilai dan Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
DUAL TRAINING INSTITUTE
Alamat
LOT 1/1 JALAN SRI PINANG 1,
TAMAN SRI PINANG,
NO. 55-1/2 & 56-1/2, JALAN KS 5, KEPAYANG SENTRAL,
70200 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
SAIDATUL HASNAWIAH BINTI ABD BASIR
Telefon
0163365080
Emel
dti_s2@yahoo.com
Laman Web
tiada

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
;