PENYELIAAN OPERASI MAKANAN & MINUMAN
I561-002-3:2018,I561-002-2:2018;PENYELIA OPERASI MAKANAN & MINUMAN
Pengenalan Kursus
Kursus Food and Beverage (F&B) Level 2 dan Level 3 direka untuk membekalkan pelatih dengan pengetahuan, kemahiran, dan sikap profesional yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan dan minuman. Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada operasi F&B bermula daripada amalan keselamatan, kesihatan, kebersihan dan sanitasi, persediaan awal (mise en place), pengendalian pesanan pelanggan, perkhidmatan makanan dan minuman, serta proses pengebilan dan kaunter bayaran.
Bagi Level 2, penekanan diberikan kepada kemahiran asas operasi F&B bagi memastikan pelatih mampu melaksanakan tugas harian dengan cekap, selamat, dan mengikut prosedur operasi standard (SOP). Pelatih akan dilatih untuk berinteraksi dengan pelanggan secara profesional, menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, serta mengendalikan transaksi asas dengan tepat dan berintegriti.
Manakala bagi Level 3, kursus ini memberi tumpuan kepada kemahiran lanjutan dalam pengurusan dan penyeliaan operasi F&B. Pelatih akan didedahkan kepada pengendalian perkhidmatan pelanggan, kawalan pengebilan dan kaunter bayaran, pengurusan tempahan, kawalan inventori, serta penyeliaan operasi harian. Kemahiran ini bertujuan melahirkan tenaga kerja separa mahir dan mahir yang berkeupayaan menyelia operasi, memastikan kualiti perkhidmatan, dan menyokong kecekapan operasi organisasi.
Secara keseluruhan, kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdisiplin, dan bersedia memenuhi keperluan industri F&B selaras dengan standard industri dan keperluan semasa pasaran pekerjaan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Calon hendaklah mempunyai kelulusan minimum PMR/PT3 atau SPM, berumur antara 16 hingga 45 tahun, serta tidak mempunyai kecacatan fizikal.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
KELANA JAYA
47301 PETALING JAYA, SELANGOR
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.