Kursus TVET

PEMASANGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI

MC-091-3:2016,MC-091-2:2016;PEMASANGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI & PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI

KOLEJ KEMAHIRAN MAX , MELAKA

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi penumpuan mengenai sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini. Mekatronik mempunyai kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik , elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Pelatih akan mempelajari modul yang ditawarkan mengikut keperluan industri seperti Robotik, Elektronik, Elektrik, Pneumatik, Hydraulik, Pemesinan, Autocad, Programmable Logic Controller (PLC), Networking, Jigs and Fixtures serta membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada di samping mempelajari kemahiran menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan.

Pelatih juga akan mempelajari Modul Wajib yang terdiri dari Core Abilities (CA) dan Modul Penyedia TVET. Pelatih akan diberi pendedahan dengan perkembangan teknologi semasa di samping merasai persekitaran kerja sebenar menerusi Latihan Industri selama tiga (3) bulan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelatih yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor minyak/gas dan sebagainya. Pelatih boleh bekerja sebagai Juruteknik atau Juruteknik Kanan dalam bidang-bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan banyak lagi.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Dan Umur
Kelayakan Minimum Dan Syarat Umur
Syarat Pilihan 1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN MAX
Alamat
NO. 78 & 78-1, JALAN TU 40
TAMAN TASIK UTAMA
75450 MELAKA TENGAH, MELAKA.

PREMIS TAMBAHAN:
NO 74 & 74-1, JALAN TASIK UTAMA 40, TAMAN TASIK UTAMA,
Negeri
MELAKA
Penyelaras
NUR LYANA BINTI NASIR
Telefon
06-2406955
Emel
plkmax@live.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pinjaman Yuran Kursus 100% oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
2. Elaun Sara Hidup (ESH) sehingga RM800/Bulan (Termasuk Dalam Pinjaman).
3. Tambahan Pinjaman bagi Pengangkutan RM500 (Semenanjung) manakala RM1000 (Sabah/Sarawak&Labuan).
4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;