Kursus TVET

PEMBUATAN PASTRI

HT-014-3:2011,HT-014-2:2011;Professional Certificate in Pastry Production

Bridge Academy , W.PERSEKUTUAN (KL)

Pengenalan Kursus

Program ini direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembuatan pastri mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan keperluan industri. Pelatih akan mempelajari pengetahuan, kemahiran praktikal serta sikap profesional dalam penyediaan, penghasilan, pembungkusan dan kawalan kualiti produk pastri. Program ini menggabungkan latihan teori dan amali bagi memastikan pelatih mencapai kompetensi yang ditetapkan untuk penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
TINGGI

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Berumur 16 tahun ke atas.
Tertakluk kepada syarat kemasukan program yang ditetapkan.
Syarat Wajib

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Bridge Academy
Alamat
L4-03 & L4-04, KL Eco City Mall,
Kompleks Perniagaan No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City.
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
SURVINDER KAUR A/P SANTOK SINGH
Telefon
03-22015125
Emel
admin@bridgeacademy.edu.my
Laman Web
https://www.bridgeacademy.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus Pembuatan Pastri selama 15 bulan memberikan latihan teori dan praktikal dalam bidang pastri dan bakeri. Pelatih mempelajari teknik membuat kek, roti, biskut, tart dan pelbagai pencuci mulut. Mempelajari penggunaan peralatan serta bahan mentah dengan betul. Memahami kebersihan, keselamatan makanan dan kawalan kualiti. Mengembangkan kemahiran menghias pastri, kreativiti dan teknik penyediaan. Peluang kerjaya termasuk pembuat pastri, pembuat kek atau usahawan pastri.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;