Kursus TVET

OPERASI MESIN CNC CENTRE & AKTIVITI PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

MWA-2-122

ADTEC JTM KAMPUS KULIM (ADTEC KULIM) , KEDAH

Pengenalan Kursus

Kursus Pemesinan Kisar CNC Berketepatan Tinggi dan Efisien Tahap 3 direka bagi melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran lanjutan dalam pengendalian mesin Computer Numerical Control (CNC) jenis kisar (milling) mengikut amalan industri semasa. Kursus ini memberi penekanan kepada penghasilan komponen yang mempunyai tahap ketepatan tinggi, kualiti permukaan yang baik serta kecekapan proses pemesinan bagi memenuhi keperluan industri pembuatan moden.

Sepanjang kursus, peserta akan didedahkan kepada pemilihan alatan pemotong, penyediaan bahan kerja, penetapan parameter pemesinan, penyediaan dan pengoptimuman program CNC, teknik pemasangan (setup), serta pengendalian mesin secara selamat dan sistematik. Peserta juga akan mempelajari kaedah pemeriksaan dimensi menggunakan peralatan metrologi bagi memastikan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
96 Jam
Prospek Kerjaya
Juruteknik CNC Milling, Programmer CNC, Setter / Setup Technician CNC, Machinist (Juruteknik Pemesinan), Precision Machinist ,Tooling Technician,Tool & Die Technician dan Quality Control / Quality Assurance Inspector

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Terbuka kepada warganegara Malaysia. Had Umur: Berumur 18 tahun ke atas. Kelayakan Akademik: Tiada syarat akademik minimum (terbuka). Kadar Literasi: Boleh membaca, menulis, dan mengira dengan mudah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KULIM (ADTEC KULIM)
Alamat
LOT 635, JALAN MAHANG, 09700 KARANGAN, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SABARINA BINTI ISMAIL
Telefon
044042975
Emel
norliza@jtm.gov.my
Laman Web
www.adteckulim.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini dijalankan dengan kerjasama Boeing Composite Malaysia (BCM) dan NCIA
Tarikh Tutup Permohonan: 21 Oktober 2026

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;