BACHELOR OF APPLIED SCIENCE (MATERIALS TECHNOLOGY AND METALLURGY) WITH HONOURS
UR6521007
Pengenalan Kursus
Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan dan Metalurgi) dengan Kepujian bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang sains bahan dan teknologi metalurgi melalui penguasaan teori serta latihan amali. Program ini merangkumi asas sains seperti kimia dan fizik, teknologi bahan logam, seramik, polimer dan komposit, serta teknik pencirian bahan, teknologi pemprosesan dan aplikasi industri. Keunikan program ini adalah melalui integrasi pensijilan profesional yang membolehkan pelajar memperoleh kelayakan akademik bersama pensijilan kemahiran yang diiktiraf industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan. Program ini turut menyediakan asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi bahan, nanoteknologi dan bahan lestari serta melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.