DIPLOMA IN CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY
UR4524001
Pengenalan Kursus
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia merupakan program pengajian selama 2.5 tahun yang merangkumi empat semester utama dan dua semester pendek dengan jumlah 94 kredit, direka bentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja teknikal berkemahiran tinggi selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Kurikulum program memberikan penekanan terhadap penguasaan termodinamik, pemindahan jisim, operasi loji, teknologi pemprosesan kimia dan amalan kelestarian industri. Program ini diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) bagi memastikan graduan memenuhi piawaian profesional industri. Graduan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk menceburi sektor semikonduktor, petrokimia, oleokimia, pembuatan berteknologi tinggi serta rawatan air sisa, di samping menyokong pelaksanaan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta pembangunan ekonomi hijau negara.