DIPLOMA IN POLYMER ENGINEERING TECHNOLOGY
UR4543001
Pengenalan Kursus
Graduan program Diploma Teknologi Kejuruteraan Polimer berpeluang membina kerjaya sebagai Penolong Jurutera (Assistant Engineer), Juruteknologi Polimer (Polymer Technologist), Juruteknik Pemprosesan Polimer (Polymer Processing Technician), Juruteknik Kawalan Kualiti (Quality Control Technician) dan Penyelia Pengeluaran (Production Supervisor). Peluang kerjaya merangkumi sektor pembuatan plastik, pemprosesan getah, petrokimia, automotif, elektronik dan pembungkusan, termasuk syarikat industri seperti PETRONAS, Top Glove, Hartalega, Lotte Chemical Titan, Toray Industries dan BASF. Graduan juga berpeluang berkhidmat dalam sektor awam, institusi penyelidikan serta bidang kitar semula dan teknologi kelestarian bahan, di samping melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan polimer, bahan, kimia atau bidang berkaitan.