SOKONGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI
MC-091-4:2016,MC-091-3:2016,MC-091-2:2016;Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri (Tahap 4)
Pengenalan Kursus
Kursus Mekatronik merupakan program kemahiran yang menggabungkan elemen mekanikal, elektrikal, elektronik, automasi dan sistem kawalan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang industri. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan serta penyelesaian masalah berkaitan sistem mekatronik dan peralatan automasi.
Melalui latihan teori dan amali, pelajar akan memperoleh pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri pembuatan, automasi dan teknologi moden selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Calon hendaklah mempunyai kelulusan minimum PMR/PT3 atau SPM, berumur antara 15 hingga 45 tahun, serta tidak mempunyai kecacatan fizikal.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
KELANA JAYA
47301 PETALING JAYA, SELANGOR
Lain-lain Maklumat
Pinjaman yuran latihan
Elaun sara hidup (Jika Layak)
Bayaran balik selepas tamat pengajian
Bantuan Zakat/Yayasan Negeri
Tajaan Industri automasi & Pembuatan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.