PENYELIAAN & KOORDINASI HOMESTAY
HT-040-3:2014;Penyeliaan dan Koordinasi Homestay
Pengenalan Kursus
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyeliaan dan Koordinasi Homestay Tahap 3 dilaksanakan secara sepenuh masa. Program ini dilaksanakan untuk melengkapkan pengusaha sebagai penyelaras yang berkemahiran mempromosikan homestay serta berkemampuan untuk mengenal pasti, memilih dan mengorientasikan host/ keluarga angkat sebelum kedatangan tetamu serta memantau kesesuaian penempatan homestay untuk penginapan.
OBJEKTIF :
1. Usahawan homestay yang berdikari dan mampu bergiat aktif dalam membangunkan luar bandar.
2. Pengusaha dan penyelaras homestay yang berkemahiran dalam melaksanakan aktiviti pelancongan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
JANGKAAN OUTCOME :
Pada akhir program ini, para peserta akan:
1. Dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan peserta.
2. Kemahiran dapat dilengkapkan dan dipertingkatkan dalam membuat promosi dan pemasaran homestay
3. Dapat mengukuhkan kemahiran dalam rangkaian dan pengembangan perniagaan
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kriteria dan Prasyarat Kemasukan SKM Penyeliaan dan Koordinasi Homestay Tahap 3 secara SLaPB – INFRA Warganegara Malaysia. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M). Berminat untuk mengikuti latihan dalam bidang operasi homestay, pelancongan dan hospitaliti. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berupaya mengikuti latihan teori serta amali. Bersedia mengikuti keseluruhan tempoh latihan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh INFRA.
Operasi Homestay [HT-040-2:2014] Atau
Homestay Operator [HT-040-2]
Warganegara
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 65
Butiran Penyedia Latihan TVET
43000 KAJANG, BANGI SELANGOR
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.