Kursus TVET

TERAPI BEKAM ANGIN

MP-110-3:2011;SKM TERAPI BEKAM ANGIN

AVICENNA ACADEMY MALAYSIA , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Terapi Bekam Angin (Kod NOSS: MP-110-3:2011) merupakan program latihan kemahiran yang dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Program ini bertujuan melahirkan pengamal terapi bekam angin yang kompeten, profesional dan beretika dalam memberikan perkhidmatan rawatan mengikut standard industri negara.

Kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan ilmu teori dan kemahiran praktikal dalam pelaksanaan terapi bekam angin, bermula daripada proses konsultasi pelanggan, penilaian kesesuaian rawatan, pemilihan teknik bekam, pengendalian peralatan, amalan kebersihan dan keselamatan, sehinggalah kepada penjagaan selepas rawatan. Peserta turut didedahkan kepada aspek komunikasi profesional, etika pengamal serta pengurusan perkhidmatan bagi memastikan rawatan dilaksanakan secara sistematik dan berkualiti.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Jurubekam Profesional

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakkan Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Calon pelajar hendaklah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 100

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Calon hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon hendaklah
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AVICENNA ACADEMY MALAYSIA
Alamat
NO 46-1, 48-1 & 50-1, JALAN BANGI AVENUE 1/8, TAMAN BANGI AVENUE
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHAMAD SAIFULLAH BIN YUSOFF
Telefon
0186615121
Emel
avicennaacademymalaysia@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 — Terapi Bekam Angin (MP-110-3:2011)

Program ini melatih pelatih menjalankan konsultasi pelanggan dan melaksanakan terapi bekam angin mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Latihan menggabungkan teori, demonstrasi dan amali berpandu dengan penekanan pada kebersihan peralatan, keselamatan pelanggan dan etika kerja.

Lima unit kompetensi teras meliputi konsultasi bekam, bekam angin atau bekam kering, bekam luncur atau bekam urut, bekam pantas dan bekam air herba. NOSS turut menyenaraikan satu unit elektif, iaitu jualan dan pemasaran perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K).

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;