Kursus TVET

TERAPI BEKAM BASAH

Q869-005-4:2024,MP-110-3:2011;DIPLOMA KEMAHIRAN TERAPI BEKAM BASAH

AVICENNA ACADEMY MALAYSIA , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 Terapi Bekam Basah merupakan program latihan kemahiran berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Program ini direka bagi melahirkan pengamal terapi bekam basah yang kompeten, profesional dan beretika dalam melaksanakan rawatan mengikut standard industri serta amalan keselamatan yang ditetapkan. NOSS ini didaftarkan dengan kod Q869-005-4:2024 di bawah sektor Human Health and Social Work Activities.

Kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran teknikal dan sikap profesional dalam pelaksanaan terapi bekam basah menggunakan teknik jarum (needle) dan sayatan (surgical blade). Peserta akan mempelajari proses konsultasi pelanggan, penilaian kesesuaian rawatan, penyediaan peralatan, prosedur rawatan, kawalan jangkitan, pengurusan sisa klinikal, sanitasi, pensterilan serta pematuhan kepada etika profesional dan keselamatan pesakit.

Selain itu, program ini turut melengkapkan peserta dengan kemahiran pengurusan perkhidmatan, komunikasi pelanggan dan pemasaran bagi membolehkan mereka mengurus pusat terapi secara profesional. NOSS ini juga menyediakan Competency Unit (CU) elektif dalam bidang Rawatan Fasdu (Fashdu Treatment) dan Rawatan Hirudo (Terapi Lintah) sebagai nilai tambah kepada pengamal yang ingin memperluaskan kepakaran dalam bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K).

Program DKM Tahap 4 Terapi Bekam Basah sangat sesuai untuk pengamal bekam yang ingin meningkatkan tahap kompetensi, memperoleh pengiktirafan profesional serta membina kerjaya dalam industri PT&K. Graduan berpeluang berkhidmat sebagai terapis bekam profesional, penyelia pusat rawatan, usahawan dalam bidang terapi kesihatan, tenaga pengajar atau meneruskan laluan kemahiran ke peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) mengikut laluan kerjaya yang ditetapkan oleh JPK.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Jurubekam Profesional

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakkan SKM
Kemahiran
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Calon mestilah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 80

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon mestilah
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AVICENNA ACADEMY MALAYSIA
Alamat
NO 46-1, 48-1 & 50-1, JALAN BANGI AVENUE 1/8, TAMAN BANGI AVENUE
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHAMAD SAIFULLAH BIN YUSOFF
Telefon
0186615121
Emel
avicennaacademymalaysia@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program Penuh – Diploma Kemahiran Malaysia Terapi Bekam Basah

Program latihan kemahiran ini merangkumi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Terapi Bekam Angin (MP-110-3:2011) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam Terapi Bekam Basah (Q869-005-4:2024).

Pada Tahap 3, pelatih mempelajari lima kemahiran teras, iaitu konsultasi bekam, bekam angin atau bekam kering, bekam luncur atau bekam urut, bekam pantas dan bekam air herba. NOSS turut menyenaraikan jualan dan pemasaran perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) sebagai unit elektif.

Pada Tahap 4, pelatih mendalami enam unit kompetensi teras yang merangkumi etika profesional, keselamatan dan kebersihan tempat kerja, konsultasi pelanggan, bekam basah menggunakan jarum, bekam basah menggunakan bilah bedah, pengurusan sisa bekam, sanitasi dan pensterilan, serta jualan dan pemasaran. Dua unit elektif yang disenaraikan dalam NOSS ialah terapi fasdu dan terapi hirudo.

Pembelajaran menggabungkan teori, demonstrasi dan amali berpandu. Pelatih membina kemahiran secara berperingkat daripada konsultasi dan bekam angin pada Tahap 3 kepada pelaksanaan bekam basah serta pengurusan kebersihan dan sisa rawatan pada Tahap 4.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;