SOKONGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI
MC-091-4:2016,MC-091-3:2016,MC-091-2:2016;Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri (Tahap 4)
Pengenalan Kursus
Pengenalan Kursus
Program Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri (MC-091-4:2016) merupakan program kemahiran dalam bidang automasi industri yang memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran teknikal dan kompetensi dalam pemasangan, pengendalian, pengujian, penyelenggaraan serta penyelesaian masalah sistem automasi industri.
Program ini dilaksanakan secara Single Tier, membolehkan pelatih mengikuti laluan latihan kemahiran secara berperingkat sehingga mencapai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan didedahkan kepada teknologi dan aplikasi industri seperti sistem kawalan automatik, Programmable Logic Controller (PLC), sensor dan instrumentasi, sistem pneumatik dan hidraulik, motor serta pemacu, robotik dan integrasi sistem automasi.
Kandungan latihan menggabungkan pembelajaran teori dan amali bagi memastikan pelatih bukan sahaja memahami prinsip dan konsep automasi, malah mampu melaksanakan tugasan teknikal mengikut prosedur, standard keselamatan dan keperluan industri.
Program ini sesuai untuk individu yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang automasi industri, pembuatan pintar, penyelenggaraan industri, kawalan sistem dan teknologi kejuruteraan. Setelah menamatkan latihan dan memenuhi keperluan persijilan, pelatih berpeluang menceburi kerjaya sebagai juruteknik automasi, juruteknik PLC, juruteknik penyelenggaraan, juruteknik robotik serta jawatan teknikal berkaitan dalam sektor industri.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
WARGANEGARA
SYARAT TAMBAHAN
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
BANGI GATEWAY PERSIARAN PEKELILING, SEKSYEN 15,
43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR MALAYSIA
Lain-lain Maklumat
Elaun sara diri (pinjaman) dari PTPK bermula dari Rm400 sehingga Rm800 setiap bulan
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.