Kursus TVET
PENYELIA PENYAMAN UDARA & PENGUDARAN MEKANIKAL (KEDIAMAN & KOMERSIL RINGAN) - TAHAP 3
ACV3
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN. BHD.
, KEDAH
Pengenalan Kursus
Penyeliaan Sistem ACMV memfokus kepada tanggungjawab untuk merancang, mengelola, memimpin
dan mengawal tugasan dan pekerjanya untuk mencapai visi, misi dan objektif organisasinya.
Penyelia adalah individu yang bertanggungjawab langsung dalam memastikan pengeluaran barangan
atau perkhidmatan. Mereka bertindak sebagai penghubung antara pihak atasan dengan anggota
bawahan. Penyelia juga berperanan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam ruang lingkup
tugas mereka.
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih mengenai kaedah dan tugasan penyeliaan
pemasangan, servis dan penyelenggaraan sistem penyaman udara dan tugas penyeliaan daripada
konteks pengurusan dan pentadbiran.
Maklumat Latihan TVET
Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Sektor pembinaan Malaysia dijangka terus berkembang melalui pelaksanaan projek-projek infrastruktur kerajaan yang menyumbang kepada ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
Perkembangan teknologi baharu dalam sistem ACMV dan HVAC telah meningkatkan permintaan terhadap sistem yang lebih cekap, menjimatkan kos, mesra alam dan memberi tahap keselesaan yang lebih baik. Kesedaran pengguna terhadap kepentingan penyelenggaraan sistem ACMV juga semakin meningkat.
Sehubungan itu, keperluan terhadap tenaga kerja mahir dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem ACMV dijangka terus meningkat, sekali gus mewujudkan prospek kerjaya yang baik dalam bidang ini.

Syarat Kelayakan
Tiada pra-syarat kursus yang telah ditetapkan.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Nama Institusi
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN. BHD.
Alamat
LOT 2991 & 2992, JALAN SINTOK - PADANG SANAI, MUKIM TEMIN, SINTOK, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SITI ZAITON BINTI ABU BAKAR
Telefon
04-9242200
Emel
trainingabmu@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my
Lain-lain Maklumat
Lain-lain Maklumat Berkaitan