Kursus TVET

PEMANDUAN PELANCONG BANDAR

N791-008-3:2025;PEMANDUAN PELANCONG BANDAR

SENTRAL COLLEGE PENANG , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan tanggungjawab pemandu pelancong bandar (city guide) dalam mengendalikan lawatan secara profesional, selamat dan berkesan.

Peserta akan diperkenalkan kepada pengetahuan berkaitan sejarah, budaya, seni bina, adat resam dan tarikan pelancongan serta kaedah menyampaikan maklumat kepada pelawat secara jelas, menarik dan bersesuaian dengan keperluan kumpulan.

Kursus ini turut menekankan kemahiran komunikasi, pengurusan kumpulan, pengurusan lawatan, etika profesional, keselamatan pelawat serta amalan pelancongan bertanggungjawab. Peserta juga akan didedahkan kepada kemahiran menangani situasi tidak dijangka bagi memastikan lawatan berjalan lancar dan memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelawat.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
6 Bulan
Prospek Kerjaya
Pemandu Pelancong Bandar Bertauliah Nasional, Ketua Rombongan, Eksekutif/Pengurus Pelancongan dan Perunding Pelancongan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Tiada
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SENTRAL COLLEGE PENANG
Alamat
NO. 3, PENANG STREET, 10200 GEORGETOWN, PULAU PINANG.
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
PEH LEE IM @ PHANG LEE IM
Telefon
04-2621888
Emel
drchiang@sentral.edu.my
Laman Web
www.sentral.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemanduan pelancong bandar, merangkumi pengenalan destinasi pelancongan, sejarah dan warisan bandar, kebudayaan tempatan, teknik penyampaian maklumat kepada pelancong, kemahiran komunikasi serta pengurusan dan pengendalian lawatan bandar secara profesional. Latihan ini memberi penekanan kepada aspek teori dan amali bagi menyediakan peserta menghadapi keperluan industri pelancongan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;