
Kursus TVET
Sijil Pengembaraan Pelancongan
SPL
Pengenalan Kursus
Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan industri pelancongan. Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti, Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan, Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan. Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan juga praktikal bagi membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan. Program sijil ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang pelancongan.
Maklumat Latihan TVET
1. Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
2. Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
3. Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
4. Kerani Tempahan
5. Perunding Lawatan
6. Koordinator Lawatan
7. Pegawai Pelancongan
8. Penyelia Rekreasi
9. Pengendali Acara
10. Pegawai Khidmat Pelanggan
11. Wakil Pemasaran dan Jualan
12. Usahawan
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
P/S 402,
91308 Semporna
Sabah
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali