Kursus TVET

Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik dengan Kepujian

BBJ

Pengenalan Kursus

Program ini direka selaras dengan visi dan misi Universiti. Melalui program ini, graduan dijangka menjadi sebahagian daripada tenaga kerja mahir di dalam bidang teknologi elektrik yang berkeupayaan memacu pertumbuhan negara. Ini akan dicapai melalui kursus yang menekankan teknologi baharu, termasuk kemahiran teori dan praktikal. Selain itu, program ini juga akan memberi pendedahan kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran generik serta membentuk keperibadian mereka. Tambahan pula, program ini melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL), di mana ianya menggabungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman kerja sebenar di industri. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan secara langsung dalam persekitaran kerja yang sebenar, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
42 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan mempunyai peluang kerjaya dalam sektor swasta dan awam, terutamanya dalam bidang teknologi elektrik. Graduan berpeluang untuk bekerja sebagai teknologis/teknikal eksekutif solar PV, penyelenggaraan fasiliti, sistem kuasa, sistem automasi industri, sistem automasi bangunan dan pengurus tenaga dan juga berpotensi untuk menjadi usahawan dalam bidang teknologi elektrik. Selain itu, graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) seperti Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional serta program yang setara.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Alamat
PARIT RAJA, BATU PAHAT
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Dr. Abul Khair Bin Anuar
Telefon
07-4537302
Emel
cad@uthm.edu.my
Laman Web
www.uthm.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Laman Sesawang:
https://fptv.uthm.edu.my/en/classes/undergraduate-btech?view=article&id=264&catid=2
;