Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Elektronik

UR4523003

Pengenalan Kursus

Program ini direka untuk membekalkan separa profesional dalam bidang kejuruteraan mikroelektronik bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor negara. Penganjuran program akademik memberi penekanan kepada aspek pembangunan teori, praktikal dan jati diri. Graduan akan didedahkan secara khusus kepada susun atur litar bersepadu, fabrikasi wafer, pembungkusan elektronik dan analisis kegagalan, sebagai tambahan kepada subjek teras berasaskan elektronik. Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat meyakinkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional selaras dengan pembangunan Pelan Induk Perindustrian Negara. Antara industri yang boleh diterokai oleh graduan untuk peluang pekerjaan adalah seperti Intel, Infineon, Silterra, Motorola, MIMOS, Flextronics, Agilent Technologies, Avago Technologies dan banyak lagi. Selain pekerjaan, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang mikroelektronik dan elektronik yang ditawarkan oleh universiti di dalam atau luar negara.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik / Penolong Jurutera Proses & Pengeluaran, Juruteknik / Penolong Jurutera Pengeluaran dan Pembuatan, Juruteknik/ Penolong Jurutera Penyelenggaraan, Juruteknik Kawalan Kualiti Pengeluaran / Penolong Jurutera, Pembantu penyelidik

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
https://fkten.unimap.edu.my/
;