
Kursus TVET
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) dengan Kepujian
UR6523006
Pengenalan Kursus
Program ini adalah bidang pelbagai disiplin yang bersinergi dalam disiplin kejuruteraan elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan kejuruteraan komputer yang membolehkan graduannya mempunyai pengetahuan teori dan praktikal yang berorientasikan sistem mekatronik bersepadu yang baik untuk memenuhi keperluan dalam industri robotik dan automasi . Kurikulum program ini direka untuk melahirkan profesional siswazah yang dilengkapi dengan kemahiran analisis dan keupayaan untuk bekerja dalam semua bidang dan industri kejuruteraan pelbagai disiplin. Sebagai tambahan kepada asas yang kukuh dalam konsep mekatronik, pelajar ijazah teknologi kejuruteraan mempelajari topik terkini yang berkaitan untuk teknologi canggih masa kini. Selain itu, persekitaran pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan berdaya saing dengan percampuran yang baik antara pelajar tempatan dan antarabangsa.