Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program ini memberi tumpuan kepada bidang penyelenggaraan sistem elektrik. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari pelbagai jenis penyelenggaraan sistem elektrik, terutamanya yang digunakan dalam industri seperti sistem elektrik, sistem solar, sistem kuasa, sistem elektrik bangunan dan sistem kawalan elektrik. Selain itu, pelajar didedahkan dengan pengetahuan pengurusan tenaga elektrik sebagai persediaan untuk bekerja seperti pelaporan teknikal, analisis sistem, pengurusan penyelenggaraan dan perancangan projek. Secara amnya, bidang penyelenggaraan sistem elektrik merupakan bidang penting dalam banyak sektor industri kerana program ini merangkumi skop luas operasi sistem elektrik.