
Kursus TVET
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) dengan Kepujian
UR6521002
Pengenalan Kursus
Program ini menyediakan tenaga kerja yang produktif, inovatif, kreatif dan mahir dengan teknologi terkini berkaitan teknologi kejuruteraan mekanikal. Pada dasarnya, kurikulum program direka bentuk untuk menjurus ke arah keperluan praktikal bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang memenuhi keperluan industri terkini dan sektor lain yang berkenaan. Khususnya, program ini memberi penekanan kepada aplikasi atau penggunaan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dalam spektrum bidang teknologi mekanikal dan pemesinan. Ini termasuk teknologi pemotongan bahan dan logam, pengurusan teknologi dan kemampanan. Di samping itu, kursus universiti yang diperlukan membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemikiran mereka, serta elemen etika profesionalisme dalam kerjaya mereka.
Maklumat Latihan TVET
Jurutera Rekabentuk Mekanikal
Jurutera Kualiti dan Jaminan Kualiti
Jurutera Pengeluaran dan Pengendalian
Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Jurutera Automasi dan Robotik
Jurutera Teknik Penyelenggaraan
Jurutera Pembuatan dan Proses
Jurutera Peralatan Mekanikal
Jurutera Pengawasan Projek Mekanikal