
Kursus TVET
Diploma Senibina
DSB
Pengenalan Kursus
Program pengajian Diploma Seni Bina direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang seni bina.Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian inidijalankan di bilik kuliah, studio dan industriberkaitan dengan skop kerja reka bentuk seni bina dan teknologi binaan berdasarkan kehendak pelanggan ataupun keperluan industri. Program pengajian ini membentuk pelajar dalam memahami konsep, prinsip reka bentuk dan lukisan pelan serta menerapkan daya kreativiti dalam mengintegrasikan hubung kait dengan keadaan persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan dan teknologi binaan, undang-undang dan amalan profesional dalam bidang seni bina. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni bina.
Maklumat Latihan TVET
- Pembantu Teknik Seni Bina
- Penyelia Tapak
- Inspektor Kerja Tapak
- Penyelaras BIM
- 3D Maker dan Illustrator
- Perunding Seni Bina
- Usahawan Industri Kreatif
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
25350 KUANTAN, PAHANG
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.