
Kursus TVET
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Teknologi Makanan) dengan Kepujian
UR6524004
Pengenalan Kursus
Program ini menggunakan prinsip kejuruteraan kimia dan teknologi makanan untuk menyediakan pelajar sarjana muda dengan keupayaan untuk berkhidmat dalam industri berkaitan kimia atau khususnya dalam industri makanan. Pengetahuan prinsip dalam kejuruteraan kimia merangkumi prinsip proses kimia, pemindahan haba dan jisim, termodinamik, mekanik bendalir, kejuruteraan tindak balas, kejuruteraan pemisahan dan kawalan dan dinamik proses. Pendedahan kepada bidang teknologi makanan juga termasuk seperti mikrobiologi makanan, sains dan biokimia makanan, pemprosesan dan pemeliharaan makanan, teknologi lepas tuai, pengurusan & penggunaan sisa makanan dan pengurusan kualiti & keselamatan dalam pengeluaran makanan. Pemprosesan makanan moden digunakan untuk menambah baik rasa, tekstur, nilai pemakanan, keselamatan, penampilan dan daya tarikan estetik keseluruhan pelbagai makanan. Pengetahuan kejuruteraan kimia membolehkan pelajar mengkaji serta mengembangkan bahan mentah makanan menjadi produk pengguna yang selamat dengan kualiti tertinggi. Justeru, program ini bertujuan melahirkan jurutera kimia yang berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam teknologi makanan, memberi mereka peluang berpotensi besar untuk berkarier dalam industri makanan ternama.
Maklumat Latihan TVET
Jurutera Pengeluaran
Jurutera Kimia
Jurutera Kawalan Kualiti
Jurutera R&D
Jurutera Jualan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Pegawai Teknologi Makanan
Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal
Pegawai Pembangunan Produk Makanan
Penyelidik