Kursus TVET

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri) dengan Kepujian

UR6524006

Pengenalan Kursus

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri) adalah program yang direka khusus untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang dicampur dalam disiplin berasaskan bioteknologi seperti mikrobiologi, teknologi penapaian, dan prinsip kejuruteraan untuk profesion berorientasikan industri. Disiplin tersebut disepadukan ke dalam sistem pendidikan Teknologi Kejuruteraan Kimia yang menekankan kepada kemahiran praktikal intensif selain menyediakan komunikasi yang mencukupi dan kemahiran insaniah yang boleh melengkapkan graduan untuk berkhidmat dalam industri berasaskan bioteknologi dan biobahan api, biofarmaseutikal, enzim, biobahan, dan biotenaga yang memastikan kelestarian dan pengoptimuman sumber yang digunakan. Program ini bertujuan untuk mencungkil potensi dalam bidang bioteknologi industri dan memberi kesedaran tentang peranan teknologi dalam menjaga alam sekitar serta memberi sumbangan positif kepada pembangunan mampan dan kemajuan industri yang berteraskan sumber biologi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
48 Bulan
Prospek Kerjaya
Penyelidik Bioteknologi, Jurutera Proses Bioteknologi, Pakar Kualiti dan Pematuhan, Pengurus Projek Bioteknologi, Pakar Mikrobiologi, Jurutera Fermentasi, Ahli Penyelidikan dan Pembangunan Produk Bioteknologi, Jurutera Pemprosesan Makanan, dan Penyelia Peralatan Bioteknologi.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
https://fktk.unimap.edu.my/
;