Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Metalurgi

UR4521001

Pengenalan Kursus

Program ini bertujuan untuk melahirkan kakitangan teknikal separa mahir dalam bidang metalurgi bagi memenuhi permintaan dalam industri pemprosesan dan pembuatan berasaskan logam seperti sektor besi dan keluli, perkapalan, automotif, elektronik, pengekstrakan logam dan juga industri minyak dan gas. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang metalurgi seperti pemprosesan dan pembuatan logam, pemesinan logam dan penyambungan logam melalui teknik kimpalan arka, gas, TIG dan MIG. Pelajar juga akan mempelajari kaedah ujian produk logam menggunakan peralatan khusus seperti Mesin Pengujian Universal (UTM), peralatan ujian kekerasan (Vicker's, Brinell dan Rockwell), ujian impak (Izod dan Charpy). Keupayaan untuk mengaitkan keputusan ujian dengan sifat dan tingkah laku logam melalui penggunaan peralatan terkini seperti Scanning Electron Microscope (SEM), X-Ray Difraction (XRD) dan peralatan Non-Destructive Testing (NDT). akan memberi kelebihan kepada bakal graduan diploma metalurgi.
Graduan Diploma Kejuruteraan Metalurgi mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada di sektor swasta atau awam. Graduan program ini berkelayakan sebagai penolong jurutera atau kakitangan teknikal dalam industri seperti pemprosesan dan pembuatan logam, automotif, minyak dan gas, elektronik, ujian bahan, perkhidmatan dan penyelenggaraan, kawalan dan kualiti produk, reka bentuk produk, analisis kegagalan dan logam kimpalan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik/ Penolong Jurutera Proses, Juruteknik/ Penolong Jurutera Pengeluaran, Juruteknik/ Penolong Jurutera Pembuatan, Juruteknik/ Penolong Jurutera Kawalan Kualiti (QC), Juruteknik/ Penolong Jurutera Jaminan Kualiti (QA), Juruteknik/ Penolong Jurutera Analisis Kegagalan, Juruteknik/ Penolong Jurutera Pembangunan Produk, Juruteknik/ Penolong Jurutera Pembangunan Proses, Juruteknik/ Penolong Jurutera Pembangunan Bahan, Penolong Pakar Metalurgi, Pembantu Penyelidik

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
https://fktk.unimap.edu.my/
;