Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Plastic Mould. Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding), sifat dan ciri-ciri plastik (polimer) bagi proses pengacuan, penyemperitan, pemampatan pembentuk vacuum dan beberapa proses sokongan dalam menghasilkan produk berasaskan bahan plastik.
Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
-Prospek Kerjaya

Graduan dalam bidang Pembuatan Acuan Suntikan Plastik mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam industri pembuatan acuan, automotif, elektronik, perubatan, pembungkusan dan pelbagai sektor industri berasaskan plastik. Kemahiran dalam reka bentuk, pembuatan serta penyelenggaraan acuan menjadikan graduan bidang ini sangat diperlukan dalam industri moden.

Antara prospek kerjaya yang boleh diceburi ialah:

Pembuat Acuan (Mould Maker)
Juruteknik Acuan Plastik (Plastic Mould Technician)
Juruteknik CAD/CAM
Operator Mesin CNC
Juruteknik Pemesinan
Penyelia Pengeluaran
Juruteknik Kawalan Kualiti (Quality Control Technician)
Juruteknik Penyelenggaraan Mesin
Penolong Jurutera Pembuatan
Juruteknik Proses Suntikan Plastik
Penyelia Bengkel Acuan
Usahawan dalam bidang pembuatan acuan dan produk plastik

Graduan juga berpeluang bekerja dalam sektor seperti:

Industri Automotif
Industri Elektronik dan Elektrikal
Industri Produk Perubatan
Industri Pembungkusan Plastik
Industri Barangan Pengguna
Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi

Selain itu, graduan boleh melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan, kejuruteraan mekanikal, teknologi polimer dan automasi industri bagi meningkatkan lagi kemahiran serta peluang kerjaya pada masa hadapan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS TANGKAK (ILP TANGKAK)
Alamat
Institut Latihan Perindustrian Tangkak
Negeri
JOHOR
Penyelaras
AZARUDIN BIN ASRAP
Telefon
069773800
Emel
p.ilptangkak@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilptangkak.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- PERCUMA Yuran Pengajian
- PERCUMA Penginapan
- PERCUMA Makan & Minum
- Wang Saku RM100/bulan
- Elaun Praktikal RM300/bulan
- Elaun OKU RM300/bulan
- Persijilan diiktiraf JPK
- Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
;