Kursus TVET

Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

DPW

Pengenalan Kursus

Program pengajian Diploma Perancang Bandar dan Wilayah direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus, studio dan industri berkaitan dengan skop kerja dalam merancang pembangunan bandar dan wilayah supaya teratur dan maju.Program pengajian inimendedahkan pelajar kepada aspek asas pengetahuan dalam merancang pembangunan sesebuah bandar, wilayah dan luar bandar, pelan struktur, penzonan kategori kawasan pembangunan,perancangan fizikal pusat bandar, perumahan, komersial, perindustrian, landskap, rekreasi dan pelancongan serta pengangkutan.

Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perancang bandar dan wilayah

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Peracang Bandar dan Wilayah adalah seperti berikut:

- Penolong Pegawai Perancang Bandar
- Pembantu Teknik Perancang Bandar
- Pembantu Teknik Landskap
- Settlement Officer (SO)

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
Alamat
PERSIARAN INDUSTRI UTAMA BANDAR DARUL AMAN , JITRA 06000 JITRA, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
-
Telefon
04-9146100
Emel
webmaster@polimas.edu.my
Laman Web
http://www.polimas.edu.my/web/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;