Kursus TVET

Diploma Teknologi Kejuruteraan Kualiti Perindustrian

DIQE

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Kualiti Perindustrian memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemeriksaan dan pengurusan kualiti yang diperlukan oleh industri. Program ini bertujuan untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran, berdaya saing, berfikiran saintifik, kreatif, cekap dan berkebolehan dalam menyelesaikan isu dan masalah kualiti di tempat kerja. Program ini membangunkan pelajar dengan kemahiran utama dalam bidang kualiti seperti aspek perancangan, pelaksanaan, penyemakan dan tindakan pembetulan terhadap masalah yang dihadapi oleh industri dalam mencapai sasaran mereka. Pelajar didedahkan kepada sistem standard serta kaedah penambahbaikan berterusan berdasarkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Di samping mempelajari kursus asas, pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penentukuran, dimensi geometri dan pemeriksaan toleransi, piawaian, pengauditan dan aspek analisis. Berdasarkan keperluan kualiti produk yang tinggi dan modal insan berkemahiran, program ini dilengkapi dengan peralatan termaju di makmal dan bengkel seperti Metrology & Coordinate Measuring Machine (CMM), Kalibrasi, Makmal Komputer (Perisian Kualiti), Makmal Pengujian Bahan dan Konvensional dan Berangka Komputer. Bengkel pemesinan Control (CNC).

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
1. QA Assistant Engineer
2. Quality Assurance Supervisor
3. Quality Auditor
4. Quality Trainer
5. QA/QC Technician
6. Quality Control Assistant Engineer
7. Audit Assistant Executive
8. Quality Control Inspector
9. Assistant Industrial Engineer
10. Quality Management System (QMS) Coordinator
11. Measuring Technician
12. Process Improvement Coordinator

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1 Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setaraf (MQF Level 3) DAN lulus SPM dengan 1 kredit

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setaraf (MQF Level 3) Dari Malaysian Qualification Agency
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.2 Lulus Pra-Diploma / Matrikulasi dalam bidang berkaitan dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan ke atas DAN lulus SPM serta mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan dua (2) mata pelajaran lain SERTA lulus Bahasa Inggeris

Jenis Sijil/Diploma : Foundation/Matrikulasi/Asasi
Mempunyai Foundation/Matrikulasi/Asasi Dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.3 Lulus GCE O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran, termasuk Matematik dan satu (1) mata pelajaran lain berkaitan Sains / Teknikal / Vokasional DAN lulus Bahasa Inggeris

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai GCE O-Level Dari University of Cambridge
Minimum CGPA : 0.00


Atau

1.4 Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf atau setaraf, dengan satu (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan ATAU minimum satu (1) semester program bridging
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas

Atau

1.5 Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf, dengan mendapat satu (1) kredit dalam mana-mana mata pelajaran DAN lulus mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan satu (1) mata pelajaran lain pada peringkat SPM
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
900 Pengajian Am Pilihan C
910 Bahasa Melayu Pilihan C
940 Sejarah Pilihan C
942 Geografi Pilihan C
944 Ekonomi Pilihan C
946 Pengajian Perniagaan Pilihan C
950 Mathematics (M) Pilihan C
954 Mathematics (T) Pilihan C

Bil. Mata Pelajaran Pilihan Diperlukan : 1


Atau

1.6 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit termasuk Matematik, satu (1) mata pelajaran lain berkaitan Sains/Teknikal/Vokasional dan satu (1) dari mana-mana mata pelajaran lain

1. Lulus SPM

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2. Kredit Matematik

Matematik

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek

3. Kredit mana-mana satu (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional

Sains/Teknikal/Vokasional

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1511 SAINS
4551 BIOLOGI
4531 FIZIK
4541 KIMIA
3472 MATEMATIK TAMBAHAN
3759 LUKISAN KEJURUTERAAN
3761 PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM
3762 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
3760 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
7404 GRAFIK BERKOMPUTER
3771 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL
3768 ASAS KELESTARIAN
3729 PERTANIAN
7403 PRODUKSI MULTIMEDIA
7405 PRODUKSI REKA TANDA
3763 REKA CIPTA
7407 REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
3770 SAINS KOMPUTER
3528 SAINS PERTANIAN
3769 SAINS RUMAH TANGGA
4572 SAINS SUKAN
4561 SAINS TAMBAHAN

4. Mana-mana mata pelajaran selain daripada Matematik dan Sains/Teknikal/Vokasional

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK

Atau

1.7 Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu 1104, lulus Sejarah 1251, PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00, PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional
PNG Keseluruhan : 2.00
PNG Akademik : 2.00
PNG Vokasional : 2.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib C
1251 SEJARAH Wajib L

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
Alamat
German-Malaysian Institute (199201016476), Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
Pn Nur Fatihah binti Yusoff
Telefon
+603-8921 9191 / 9450 / 9257
Emel
admission.gmi@gmi.edu.my
Laman Web
https://www.gmi.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Kaedah pembelajaran TVET: 70% praktikal (hands-on) dan 30% teori
2. Kemudahan pembiayaan pendidikan (MARA, PTPTN, KWSP, YAYASAN NEGERI dan lain-lain)*
3. Kemudahan penginapan pelajar disediakan*
4. Program mendapat akreditasi daripada badan professional: MQA dan BEM (ETAC)
5. Peluang sambung pengajian ke peringkat Ijazah di luar negara di bawah program IESP MARA*
6. Kebolehpasaran kerja yang tinggi dalam industri

*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
;