Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)

DMK

Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ini member pendedahan asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan plastic serta penyenggaraan peralatannya. Kursus pengkhususan adalah:

• Proses Pengeluaran Plastik,
• Rekabentuk Produk Plastik,
• Amalan Bengkel Plastik,
• Bahan Plastik,
• Pengalatan Prototaip Pantas,
• Teknologi Plastik dan
• Rekabentuk Acuan& Die Plastik

Di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu ambil. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industry plastic dan juga industry kejuruteraan mekanikal yang lain.

Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan Negara ini sebuah Negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan Negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pelajar akan menjalani latihan industry dalam semester akhir bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerjaamali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk member peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usahasama. Lulusan diploma boleh melanjutkan pelajaran mereka keperingkat ijazah pertama di Universiti.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Terdapat 1300 industri pengeluaran produk plastik di Malaysia (www.mpma.org.my).
• Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
• Penyelia Juruteknik/Unit Kejuruteraan Mekanikal
• Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal
• Perekabarangan plastik
• Juruteknik pengeluaran produk plastik
• Pembantu Jurutera Projek
• Pembantu Jurutera Kualiti
• Pembantu Jurutera Proses
• Pembantu Jurutera Khidmat Pelanggan
• Pereka Acuan Plastik
• Pembantu Pegawai Penyelidik

Peluang Menyambung Pengajian:
• Universiti Malaysia Perlis
• Universiti Malaysia Pahang
• Universiti Teknikal Melaka
• Universiti Tun Hussien Onn
• Universiti Teknologi Malaysia

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
Alamat
PERSIARAN INDUSTRI UTAMA BANDAR DARUL AMAN , JITRA 06000 JITRA, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
-
Telefon
04-9146100
Emel
webmaster@polimas.edu.my
Laman Web
http://www.polimas.edu.my/web/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;