Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja mahir dalam bidang komputer rangkaian bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di industri. Program ini adalah pengurusan rangkaian dan penyelenggaraan rangkaian serta pelayan di mana pelajar-pelajar akan diajar dan dilatih supaya mahir berkaitan Server Configuration, Server Maintenance Administration, Computer Network Security Deployment, Computer Network Maintenance Management, Computer System & Network Procurement, Router And Routing Configuration, Open Source Administration, Wan Technology dan Open Source Administration.

Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 40% teori dan 60% amali. Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Di akhir pengajian, pelajar wajib mencipta satu projek dan menyiapkan laporan yang perlu dibentangkan sebelum pelajar menjalani Latihan Industri selama 6 bulan.

Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten CISCO Packet Tracer, External Fiber Optic Cable (CA2C), Niosh TM Safety Passport ( NTMSP) jika mereka berminat.

Program ini turut mendapatkan Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS IT-030-4:2013 Pentadbiran Rangkaian Komputer.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional 
3. Penolong Juruteknik Rangkaian Komputer
4. Juruteknik Rangkaian Komputer
5. Penolong Jurutera Rangkaian Komputer
6. Pembekal Peralatan Komputer
7. Kontraktor Pemasangan Rangkaian Komputer
8. Eksekutif IT

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS MIRI (ILP MIRI)
Alamat
LOT 3226, BLOK 6
MUKIM BANDAR BARU PERMY JAYA
KUALA BARAM, MIRI
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
En Mohd Ikram bin Mohamed
Telefon
085-644384
Emel
ikram@jtm.gov.my
Laman Web
http://www.ilpmiri.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
;