
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Industri penangkapan ikan marin di Malaysia adalah penting untuk menampung permintaan daripada pengguna yang semakin bertambah. Pada tahun 2013 pengeluaran ikan marin daripada perairan Malaysia adalah sebanyak 1,482,899 tan metrik yang memberi nilai sebanyak RM8.336 Bilion. Manakala pada tahun 2014 pengeluaran telah menurun sebanyak 1.67% kepada 1,458,128 tan metrik, dengan nilai sejumlah RM 8.785 Bilion. Permintaan ikan negara dijangka akan semakin bertambah selari dengan percambahan populasi penduduk. Hampir 80% daripada pengeluaran ikan negara datang adalah daripada perikanan tangkapan. Perikanan tangkapan tuna yang dikategorikan sebagai ikan bernilai tinggi kini merupakan fokus utama untuk dibangunkan dalam meningkatkan pengeluaran ikan Negara. Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan garis panduan untuk membangunkan industri tuna iaitu Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2012 – 2020. Vesel Penangkapan ikan tuna Zon C3 (Perairan Antarabangsa) yang dibenarkan untuk menangkap tuna di Lautan Hindi adalah menggunakan peralatan rawai tuna atau pukat jerut. Pengurusan Vesel Penangkapan Ikan Tahap 4 telah dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan menangkap ikan menggunakan peralatan rawai dan pukat jerut. Oleh itu peluang pekerjaan bagi Pengurusan Vesel Penangkapan Ikan Tahap 4 di dalam industri ini adalah amat cerah. Mereka hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi semasa dan terkini.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | |
1249 | SEJARAH | Wajib | E |
Dan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib) ,
4. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Dan
OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN [A031-002-3:2022] Atau
Operasi Teknologi Perikanan Tangkapan [AF-020-3:2015]