Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 10 bulan menggunapakai NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) sebagai garis panduan asas. Pelaksanaan kursus SKM Tahap 3 secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) mengikut bidang adalah selama 1 bulan seterusnya menjalani latihan selama 3 bulan teori (Metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 dan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
10 Bulan
Prospek Kerjaya
Melahirkan tenaga pengajar di dalam memperkukuhkan profesionalisme TVET bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara.
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Alamat
JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZURAINI BINTI ISMAIL
Telefon
0355438200
Emel
pengambilan@ciast.gov.my
Laman Web
www.ciast.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
i. Elaun sara diri;
ii. Asrama disediakan;
iii. Makan minum disediakan.

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN. PERMOHONAN KEMASUKAN HANYA MELALUI PORTAL https://mohon.tvet.gov.my
;