Kursus TVET

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian

BNA

Pengenalan Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan sains gunaan untuk menyiasat, merancang, mereka bentuk, menghasilkan, dan menyelenggara sistem dan peralatan yang digunakan dalam pelbagai aspek penyelesaian alam sekitar.
Berbeza dengan program ijazah Kejuruteraan Alam Sekitar yang lain, program yang unik ini direka untuk menghasilkan graduan yang lebih fokus pada teknologi dan sistem yang membentuk penyelesaian alam sekitar yang baik untuk memenuhi permintaan profesional yang mahir dalam sektor kilang, pembuatan, perundingan, pendidikan dan pengurusan dalam sektor awam, swasta, atau sektor pekerjaan sendiri.
Bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran teori dan praktikal yang cemerlang, program ini juga bertujuan untuk mempersiapkan graduan dengan kemahiran teknologi yang sejajar dengan visi dan misi universiti.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
46 Bulan
Prospek Kerjaya
Jurutera/Pegawai Alam Sekitar
Pegawai Peguatkuasa Alam Sekitar
Jurutera Pemulihan Tapak
Jurutera Sumber/Bekalan Air
Jurutera Kawalan Pencemaran
Jurutera Kesihatan Awam
Ahli Akademik
Eksekutif Pembangunan Mampan
Kontraktor Teknikal Alam Sekitar
Usahawan Alam Sekitar
Jurutera/Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) KAMPUS CAWANGAN PAGOH
Alamat
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM1, Jalan Panchor
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Dr. Abul Khair Bin Anuar
Telefon
07-4537302
Emel
cad@uthm.edu.my
Laman Web
www.uthm.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Laman Sesawang:
https://ftk.uthm.edu.my/
;