Berita TVET
Pembangunan bakat TVET perlu seiring perubahan teknologi
6 March 2026
BANGI: Komitmen kolektif antara kerajaan, pemain industri serta penyedia latihan kemahiran penting bagi mempercepat transformasi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Dr Kamaruzaman Md Ali, berkata usaha pembangunan bakat negara perlu dipacu secara lebih progresif bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan teknologi global yang pesat.
"Usaha ini adalah selari dengan aspirasi '(R)evolusi TVET: Mengupayakan Kompetensi, Memacu Pertumbuhan Negara' yang memberi penekanan kepada pembangunan tenaga kerja mahir bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.
"Transformasi sistem TVET memerlukan komitmen bersama daripada semua pihak termasuk kerajaan, industri serta penyedia latihan kemahiran bagi memastikan pembangunan bakat masa hadapan dapat dilaksanakan secara lebih dinamik dan responsif terhadap perubahan teknologi global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus TVET–Industri anjuran Yayasan Mahir Malaysia bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Bangi Resort Hotel, di sini, pada Rabu.
Sesi libat urus itu menghimpunkan wakil pengurusan tertinggi agensi kementerian, pemain industri serta penyedia latihan kemahiran berimpak tinggi dari seluruh negara.Sementara itu, Pengerusi Yayasan Mahir Malaysia, Datuk Sri Ganes Palaniapan, berkata pihaknya komited memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi merapatkan jurang antara industri dan pusat bertauliah.
Menurutnya, usaha itu penting bagi melahirkan lebih ramai 'Wira TVET' yang kompeten, berdaya tahan dan mampu memenuhi keperluan ekonomi digital serta peralihan industri hijau negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata Yayasan Mahir Malaysia menyambut baik pemerkasaan serta peluasan skop Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) yang diluluskan baru-baru ini kerana ia dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem TVET negara.
"Kita (Yayasan Mahir Malaysia) juga berbesar hati melancarkan penjenamaan Wira TVET sebagai satu inisiatif bagi menarik lebih ramai penyertaan dalam program TVET berimpak tinggi serta mengangkat martabat tenaga kerja mahir sebagai pemacu utama pembangunan negara," katanya.
Dalam sesi itu, peserta turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk R. Ramanan, atas komitmen beliau dalam memperkasa sektor TVET termasuk melalui pemerkasaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
Pindaan akta berkenaan dilihat sebagai langkah progresif ke arah memperkukuh tadbir urus sistem persijilan kemahiran negara, selain meningkatkan standard pusat bertauliah serta memperluas pengiktirafan kepakaran tenaga kerja tempatan.
Program itu turut menampilkan sesi perkongsian industri dan dialog dua hala yang memberi tumpuan kepada penjajaran kurikulum, pembangunan bakat berteknologi tinggi serta pengukuhan kerjasama latihan industri secara lebih tersusun.
Gambar: Dr Kamaruzaman Md Ali (empat dari kiri) berkata usaha pembangunan bakat negara perlu dipacu secara lebih progresif bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan teknologi global yang pesat.

Berita/Aktiviti