Berita TVET
Agrobank sedia peruntukan RM10 juta sokong graduan TVET berkemahiran
1 September 2026
SERDANG: Agrobank menjalin kolaborasi strategik bersama Persatuan Industri Bersepadu Komuniti dan Swasta, Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Peringkat Kebangsaan (PIBKS KVSMT Kebangsaan) untuk melancarkan Skim Pembiayaan Mudah bagi Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Ia bagi menyokong graduan TVET yang ingin menceburi bidang keusahawanan sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Melalui skim pembiayaan itu, graduan TVET yang layak boleh mendapatkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun pada kadar 4.75 peratus setahun.
Pembiayaan itu boleh digunakan bagi pembelian peralatan, mesin, perkakasan serta keperluan lain yang berkaitan bagi memulakan atau mengembangkan aktiviti perniagaan dalam bidang berkaitan.Skim Pembiayaan Mudah Graduan TVET dibuka kepada rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 35 tahun yang memiliki diploma, ijazah atau sijil daripada institusi teknikal dan vokasional yang diiktiraf di Malaysia.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata kolaborasi berkenaan mencerminkan komitmen Agrobank untuk memperluas sokongan kepada golongan muda, khususnya graduan TVET yang mempunyai kemahiran teknikal dan potensi untuk membina perniagaan sendiri.
Katanya, graduan TVET memiliki kemahiran praktikal dan teknikal yang relevan dengan
keperluan industri.
Namun, kekangan modal permulaan sering menjadi antara cabaran untuk mereka menterjemahkan kemahiran itu kepada peluang perniagaan.
"Melalui kolaborasi strategik ini, Agrobank dan PIBKS KVSMT Kebangsaan akan bekerjasama memperluas capaian kepada graduan TVET di seluruh negara, meningkatkan kesedaran mengenai kemudahan pembiayaan yang tersedia serta menyokong pembangunan lebih ramai usahawan muda berkemahiran.
"Inisiatif ini turut memperkukuh peranan Agrobank dalam menyokong pembangunan bakat dan keusahawanan generasi muda melalui akses pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan mereka," katanya.
Majlis menandatangani perjanjian berkenaan dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sempena perasmian pembukaan MAHA Trade Days 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.
Sementara itu, kempen berkenaan akan berlangsung sehingga Ogos 2027 atau sehingga peruntukan RM10 juta digunakan sepenuhnya mengikut mana-mana yang terdahulu.
Antara kelebihan utama yang ditawarkan adalah proses permohonan pembiayaan yang
dipermudah iaitu tidak memerlukan tempoh pengalaman bekerja atau tempoh minimum operasi perniagaan, pengecualian bagi penyerahan dokumen pendapatan serta tiada cagaran diperlukan bagi permohonan pembiayaan.
Skim itu ditawarkan kepada pemohon yang terawal tertakluk kepada kesediaan dana dan juga syarat-syarat Agrobank.

Berita/Aktiviti